Emerald

Al-Quran

Selasa, 12 April 2011

Adab Berpakaian-AL-Bayanuni

Hendaklah memakai serban, kopiah dan apa saja yang menutup kepala Anda, kerana ia lebih sesuai untuk lelaki Muslim yang baik

Jangan melabuhkan pakaian Anda hingga ke bawah kedua buku lali dan jangan berlagak ketika berjalan.

Berpakaianlah dengan baik dan jangan

Anda memakai pakaian yang menyerupai orang kafir.

Mulakan dengan anggota kanan ketika Anda menyarungkan baju Anda. Tanggalkannya dengan anggota kiri samada memakai baju atau kasut.

Jangan biarkan anggota keluarga Anda memakai pakaian pendek dan sempit, sama ada baju atau seluar yang boleh menampakkan rupa bentuk

anggota aurat.

Janganlah Anda memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera dan emas, kerana kedua-dua pakaian itu adalah haram bagi lelaki Muslim.

Elakkan diri Anda dari menyerupai wanita, dan elakkan isteri Anda dari menyerupai lelaki.

Hindarkan diri Anda dari memakai pakaian yang melambangkan kemasyhuran yang terlalu mahal harganya serta yang paling teruk bentuknya.

Jika Anda memakai pakaian baru, bersedekahlah untuk kebaikan orang ramai.

Kemaskan misai dan janggut Anda, agar kelihatan cantik bergaya.

Islam dan Sains Teknologi : Umat Islam pembuat ubat bedil pertama

SELALU dikatakan bahawa pencipta ubat bedil adalah orang China yang menemui kalium nitrat dan penggunaannya dalam mercun bunga api. Namun, hasil kajian Reinaud dan Fave menunjukkan secara jelas umat Islam adalah pembuat ubat bedil pertama di dunia.

Ini terbukti ketika umat Islam menggunakan bahan senjata api buat pertama kali ketika mempertahankan Algericas (sebuah kota di selatan Sepanyol) bertentangan Gibraltar, apabila diserang Alphonse ke-11 pada 1342 Masihi.
Jelas, bahawa ubat bedil diperkenalkan oleh umat Islam di Eropah pada abad ke-14.
Pada muka 1165 The New Columbus Encyclopedia (1975), Roger Bacon selalu dikaitkan dengan penemuan ubat bedil, tetapi segala fakta menunjukkan dia sebenarnya mengetahui dari sumber orang Islam ketika empayar Islam berkuasa di Sepanyol.
Ternyata, ilmu kimia dipelopori umat Islam dan merekalah yang pertama menggunakan kaedah pemejalwapan, penghabluran, pengentalan dan pengkupelan.
Oleh itu, dunia terpaksa memberi pengakuan terhadap sumbangan umat Islam kepada sains dalam ilmu kimia.
Islam sebenarnya masyhur dan berjaya melahirkan ramai ahli kimia. Di antaranya Muhammad Abu Bakar Al-Razi atau nama ringkasnya, Al-Razi, berasal dari Parsi yang dianggap sebagai pengasas kimia moden.
Al-Razi mereka cipta radas dan mencatatkan dengan terperinci lebih 20 alat besi dan kaca. Beliau begitu mahir dengan elemen kimia seperti air perak, tembaga sulfat, gas ammonia, nitrat perak, besi sulfat dan raksa oksid.
Al-Maghriti yang juga seorang ahli sains Islam pada abad 10 Masihi menulis mengenai ilmu kimia yang diterjemahkan dalam bahasa Latin dan sekarang dianggap sumber penting dalam sejarah ilmu kimia.
Al-Quran menggesa umat Islam untuk membuat cerapan dan kajian serta menggalakkan sifat sabar menghadapi sebarang percubaan dan dugaan. Inilah satu ciri ahli sains yang penting terutama dalam menjalani pengujian atau membuat perhatian dan cerapan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersertakan orang yang sabar.” – (Surah al-Baqarah, ayat 53).

12 SIFAT SAHABAT..

1.       Jika engkau berbuat bakti padanya, ia akan melindungi mu.
2.       Jika engkau rapatkan persahabatan denganya, dia akan membalas baik persahabatan mu.
3.       Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantu mu.
4.       Jika engkau menghulur kebajikan (bantuan) daripadamu,ia akan menghargai dan menyebut kebaikan mu.
5.       Jika ia melihat sesuatu yg tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
6.       Jika engaku meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakanya.
7.       Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
8.       Jika engkau berdiam diri(kerana malu meminta) ia akan menanyakan kesusahan mu.
9.       Jika datang bencana menimpa mu, ia akan meringankan kesusahan mu(membuat sesuatu untukj menghilangkan kesusahan itu).
10.   Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkan mu.
11.   Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantu mu.
12.   Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.Walaupun begitu, kita sebagai sahabat kepada sahabat kita yang lain, haruslah memulakan untuk memiliki sifat-sifat tersebut. Semoga kita tergolong didalam hambaNYa yang bertaqwa.Wassalam….{Petikan “bimbingan Mu’min’- Imam Ghazali}

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:  

  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

PeRkArA YaNg HaRuS dIiNgaTi...

Firman Allah :
“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya) dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya dia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah) dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan. “ (Al-Baqarah – 96)

Hadis Abu Musa r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Perumpamaan Allah Azza Wa Jalla mengutusku menyampaikan petunjuk dan ilmu adalah seperti titisan hujan yang telah membasahi bumi. Manakala bumi tersebut sebahagian tanahnya ada yang subur sehingga dapat menyerap air serta menumbuhkan rumput dan sebahagian lagi berupa tanah-tanah keras yang dapat menahan air, lalu Allah memberi manfaat kepada manusia sehingga mereka dapat meneguk air, memberi minum dan menggembala ternaknya di tempat itu. Ada juga titisan air hujan tersebut jatuh di tanah yang lain, iaitu tanah gersang yang sama sekali tidak dapat menahan air dan tidak dapat menumbuhkan rumput rampai. Manakala itu semua adalah perumpamaan orang yang bijak pandai tentang agama Allah dan memanfaatkannya setelah aku diutus oleh Allah. Maka baginda tahu dan mahu mengajar apa yang diketahuinya dan juga perumpamaan orang yang keras kepala yang tidak mahu menerima petunjuk Allah yang kerana-Nya aku diutuskan (Sahih Muslim)