Emerald

Al-Quran

Selasa, 31 Mei 2011

Penyakit-penyakit Umat Terdahulu.

Diriwayatkan Dari Abu Hurairah Radhiyallahu'anhu Berkata:

"Aku Pernah Mendengar Rasulullah SAW Bersabda :

Umatku akan ditimpa penyakit - penyakit yang pernah menimpa umat- umat dahulu.
Sahabat bertanya,"Apakah penyakit - penyakit yang pernah menimpa umat - umat terdahulu itu?Nabi Muhammad SAW menjawab:"Penyakit - penyakit itu adalah terlalu banyak berseronok(berhibur/ketawa),terlalu bermewah,mengumpul harta sebanyak mungkin,tipu menipu dalam usaha merebut harta dunia,saling memarahi,hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi antara satu sama lain".
(Hadith Riwayat Al-Hakim)

Jumaat, 20 Mei 2011

Teka-Teki Daripada Imam Ghazali.

Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki…

Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah SWT bahawa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati (Surah Ali-Imran : 185).

Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, kita tetap tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf : 179).

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah SWT). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.

Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72).

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.

Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Wallahualam…

Assalamualaikum wbh,



Pintu masuk Islam adalah kalimah syahadah. Ini merupakan fakta yang diketahui umum. Apabila seseorang itu mengucapkan dua kalimah syahadah, maka sucilah dia dari dosa-dosanya yang lepas, diharamkan dirinya untuk dibunuh oleh Muslim yang lain, wajib ke atasnya solat lima waktu, berpuasa, zakat dan haji. Wajib juga ke atasnya menurut segala yang diarahkan Allah swt, dan juga meninggalkan segala yang dilarang Allah swt.

Dua kalimah yang pendek dan ringkas ini, nyata-nyata mempunyai pengertian dan falsafah yang sangat mendalam, yang mana mampu menambahkan keimanan, keyakinan dan iktiqad seorang Muslim. Di dalam tulisan kali ini, penulis ingin mengajak kita bersama menghayati falsafah dan makna dua kalimah syahadah La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasulullah.

Sebagaimana kaedah yang selalu penulis gunakan di tulisan-tulisan yang lepas, kali ini juga kita akan menggunakan kaedah yang sama, iaitu kita akan melihat satu per satu perkataan-perkataan di dalam dua kalimah syahadah serta hikmah dan pengajaran di sebaliknya, insyaAllah.

Kalimah syahadah La Ilaha Ilallah, terbahagi kepada dua bahagian:-

1) La ilaaha (An-Nafyu, iaitu penafian)

Selalu diertikan dengan ‘tiada Tuhan’. Namun pengertian ini tidak begitu tepat, kerana perkataan ‘Tuhan’ di dalam bahasa Arab ialah ‘Ar-Rob’, sebagaimana di dalam surah Al-Fatihah, “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin”, ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam’. Adapun perkataan ‘ilah’, sebagaimana di dalam syahadah bermaksud ‘Tuhan yang selayaknya disembah’. Oleh itu, la ilaaha bermaksud ‘tiada Tuhan yang selayaknnya disembah’.

Adapun bahagian pertama kita kenali sebagai An-Nafyu, iaitu penafian, kerana di dalamnya kita menafikan akan wujud sebarang Tuhan yang layak disembah, dan ditujukan segala amal ibadah.

2) Illa Allah (Al-Itsbaat, iaitu penetapan)

Diertikan dengan maksud ‘melainkan Allah’. Terdapat dua pandangan dari nama datangnya kalimah nama ‘Allah’ itu sendiri, iaitu:-

i) pendapat pertama, mengatakan bahawa perkataan Allah itu berasal dari perkataan ‘Ilah’ yang penulis tuliskan di atas. Dari kata akar ‘Ilah’, datang perkataan Allah. Pendapat ini bukan pendapat yang tepat.

ii) Pendapat kedua, mengatakan bahawa perkataan Allah itu singular, dan plural bagi perkataan Allah ialah ‘Ilah’. Ini juga merupakan pendapat yang kurang tepat.

iii) Adapun pandangan yang ketiga, merupakan pendapat Al-Imam Syafi’e rahimahullah, dan juga majority para ‘ulama, iaitu perkataan Allah itu tiada kata asalnya, dan tiada sebarang perkataan lain yang terbit dari perkataan Allah. Bahkan Allah itu merupakan namanya yang agung, sebagaimana Dia memperkenalkan diriNya kepada Adam, dan juga sebagaimana Dia menggelarkan diriNya di dalam kitab-kitab yang diturunkanNya. Ini merupakan pandangan yang paling tepat dan paling cantik, bersesuaian dengan Allah yang Maha Esa dan mutlak kuasaNya ke atas segala sesuatu, selayaknya dengan kemuliaanNya.

Rukun atau bahagian kedua ini, dipanggil ‘Al-Itsbaat’, iaitu penetapan, kerana di dalamnya kita menetapkan kepercayaan ‘selain Allah’. Bahagian kedua ini, datang secara bersusulan dengan bahagian yang pertama, ‘La Ilaaha’ tadi.

Mengapakah kalimah syahadah ini datang dengan dua bahagian, iaitu penafian, dan kemudian penetapan?

Ini adalah kerana pernyataan yang datang secara gandingan penafian dan penetapan, merupakan pernyataan yang paling kukuh dan tepat. Sebagai contoh, kita katakan,

‘Azri ada di dalam kelas’.

Pernyataan ini menyatakan bahawa Azri ada di dalam kelas, akan tetapi dalam masa yang sama ia tidak menafikan kehadiran orang lain, atau dengan kata lain, mungkin bersama-sama Azri itu, ada orang yang lain di dalam kelas tersebut. Begitu juga kita katakan,

‘Tiada sesiapa pun di dalam kelas’.

Kenyataan ini menyatakan bahawa tiada sesiapapun di dalam kelas, iaitu menafikan secara 100% kehadiran seorang manusia pun di dalam kelas.

Sekarang, cuba kita gandingkan,

‘Tiada seorang manusiapun di dalam kelas tersebut, melainkan Azri’.

Secara tepat dan mutlak, kita fahami dari ayat ini bahawa Azri ada di dalam kelas, wujud, dan tiada seorangpun manusia yang lain selain dari Azri di dalam kelas. Struktur yang kukuh inilah yang digunakan Allah swt di dalam kalimah syahadah, iaitu,

‘Tiada Tuhan yang selayaknya ditujukan segala bentuk ibadah, melainkan Allah’.

Kerana itulah, kita katakan bahawa pernyataan ini adalah struktur yang paling kukuh di dalam menetapkan tiada Tuhan yang selayaknya disembah, melainkan Allah.

Penulis merasakan juga bahawa penting untuk kita ketahui tauhid apakah yang terkandung di dalam syahadah ini. Sebelum itu, secara ringkas akan penulis bawakan tiga pembahagian tauhid, iaitu:-

i) tauhid rububiyah, iaitu tauhid ketuhanan. Sebagaimana namanya, tauhid ini merupakan keimanan manusia bahawa Allah lah Tuhan yang menciptakan bumi dan langit serta segala apa yang ada di dalamnya, seluruh perkara ghaib, dan juga sekalian alam-alam yang kita ketahui dan tidak ketahui, seperti alam rahim, alam roh, alam akhirat, alam barzakh, alam manusia, alam jin dan lain-lain lagi. Tauhid ini merupakan tauhid yang am, kerana hatta orang-orang kafir juga terkandung di dalam hati mereka tauhid ini. Firman Allah swt, “Dan jikalau engkau bertanya kepada mereka (hai Muhammad), ‘siapakah yang mencipta bumi dan langit?’ Secara pasti, mereka akan menjawab ‘Allah’”.

Begitu juga dengan hal Iblis, dia juga beriman dengan tauhid ini. Firman Allah swt tatkala Iblis enggan sujud kepada Adam as, “Engkau (Ya Allah) MENCIPTAKAN DIA (ADAM) DARI TANAH, DAN KAU CIPTAKAN AKU DARI API”. Perhatikan dengan teliti bahawa secara langsung Iblis mengiktiraf bahawa Allah swt lah yang telah menciptakan dirinya dan juga Adam as.

Oleh kerana itu, bukan tauhid ini yang kita katakana terkandung di dalam syahadah kita ‘La Ilaaha Illa Allah’.

ii) tauhid asma’ wa as-sifaat, iaitu tauhid nama-nama dan sifat-sifat Allah. Tauhid ini bermakna kita beriman dan mengakui bahawa Allah mempunyai sifat-sifat dan nama-nama yang baik, 99 yang kita ketahui, dan juga nama-nama dan sifat-sifat Allah yang ghaib dan tidak kita ketahui. Kita hanya mengetahui 99 daripadanya, kerana itu sahaja jumlah yang dibertahukan kepada kita oleh Allah di dalam Al-Quran, dan Rasulullah saw di dalam hadis baginda. Adapun yang selebihnya tidak kita ketahui.

Iblis juga beriman dengan tauhid ini. Firman Allah swt “Dia (Iblis) berkata: Maka dengan KEKUATANMU, (aku bersumpah) akan aku sesatkan mereka (Adam as dan keturunannya) kesemuanya”.

Perhatikan bahawa Iblis bersumpah menggunakan nama dan sifat Allah, iaitu kekuatan (‘Izzah), dan ini merupakan sebahagian dari nama dan sifat Allah. Maka kerana itu, kita katakana bahawa bukan tauhid ini yang kita selitkan di dalam syahadah kita.

iii) tauhid uluhiyyah, iaitu tauhid yang bersifat ‘Ilah. Perhatikan di dalam perbincangan di atas, ‘Ilah itu bermaksud ‘tiada Tuhan yang selayaknya disembah’. Maka dengan itu, pengertian tauhid ini ialah tauhid mengesakan Allah swt, dengan mengakui dengan hati kita bahawa Dialah satu-satunya Tuhan yang selayaknya disembah, dan ditujukan segala bentuk amalan kita, samada keimanan kita denganNya, solat, puasa, haji dan zakat kita, kesemuanya adalah demi Allah swt, tiada selain dariNya.

Tauhid inilah yang membezakan kita dengan orang kafir, kerana hanya orang Islam yang mukmin sahaja yang menujukan segala ibadah mereka hanya kepada Allah Yang Satu.
Maka dengan itu, tauhid jenis inilah, yang kita sertakan di dalam ucapan kita, “Tiada Tuhan yang selayaknya ditujukan segala ibadah kita, melainkan kepada Allah”.

Adapun syahadah kedua, ‘Muhammadur Rasulullah’, ia tidak mempunyai perbahasan yang kukuh dan mendalam sepertimana halnya syahadah pertama.

Ini adalah kerana Yang Esa itu hanyalah Allah swt, adapun para rasul datang dengan silih berganti. Ucapan Muhammad Rasulullah merupakan ucapan yang khas bagi kita umat Muhammad. Ini kerana ucapan beriman dengan rasul ini, silih berganti dengan nabi yang diutuskan kepada umat tersebut.

Sebagai contoh, umat nabi Nuh as akan mengucapkan ‘was asyhadu anna Nuh Rasulullah”, ‘dan aku bersaksi bahawa Nuh itu rasulullah’. Begitu juga dengan umat Musa as, ‘was asyhadu anna Musa Rasulullah’, umat nabi Isa as ‘was asyhadu anna Isa Rasulullah’, dan begitulah dengan kita, ‘was asyhadu anna Muhammada Rasulullah’.

Maka andaikata kita cuba menghuraikan dua kalimah syahadah secara terperinci, maka ianya adalah:

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang selayaknya aku tujukan segala bentuk amal ibadahku, dari hatiku, lidahku, amalanku, melainkan kepada Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah, yang telah Allah lantik untuk menyampaikan risalah dan syariatNya, dan dengan pengakuan ini aku cerminkan di dalam setiap tingkah laku seharianku sebagai orang yang berserah diri kepada Allah dan mengikuti ajaran Rasulullah saw”.

Persoalan terakhir, apakah kaitannya di antara dua kalimah syahadah dan amal ibadah kita?

Penulis teringat satu falsafah dan pandangan yang dikemukakan oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah. Beliau menyebut bahawa syarat diterima ibadah kita oleh Allah swt, mempunyai dua syarat yang boleh kita fahami dari dua kalimah syahadah yang mana kita berpegang dengannya, iaitu:-

i) dari syahadah pertama, la ilaaha illa Allah, terkandung di dalamnya ikhlas. Dan ikhlas yang dimaksudkan di dalam pengertian syariat ialah tauhid, bukan ‘membuat sesuatu tanpa mengharapkan balasan’. Itu cuma merupakan istilah awam yang kita guna pakai seharian.

Ertikata ikhlas yang sebenar, sebagaiman firman Allah swt, “Dan tidaklah mereka (manusia) itu diarahkan (dengan sesuatu), melainkan agar mereka menyembah Allah dengan hati yang ikhlas kepadanya, agama yang murni”.

Al-Quran sendiri telah menafsirkan ertikata ikhlas ini, di dalam surah yang sangat masyhur, iaitu “Qul huwaallahu ahad, Allahus samad, Lam yalid walam yuulad, walam yakuullahu kufuan ahad”. ((Katakanlah (hai Muhammad) bahawa Allah itu Esa, Allah tempat meminta, Dia tidak melahirkan (anak) dan tidak pula Dia dilahirkan (oleh ibu atau bapa), dan tidak ada baginya saingan walau seorangpun)).

Perhatikan bahawa kandungan surah ini padat dengan ajaran tauhid, dan nama bagi surah ini ialah AL-IKHLAS. Maka jelas, bahawa erti al-ikhlas yang paling tepat ialah AT-TAUHID.

ii) syahadah yang kedua mengandungii maksud ‘ittiba’, iaitu mengikuti cara dan garis panduan yang telah digariskan oleh pesuruh Allah, Muhammad Rasulullah saw. Sesungguhnya Allah lah yang menurunkan kepada Rasulullah, apakah ibadah yang Dia mahukan dari hambaNya, bagaimanakah ibadah tersebut, dan bagaimanakah cara perlaksaan ibadah tersebut. Seterusnya Rasulullah saw menunjukkan kepada kita bagaimana cara perlaksanaannya, maka WAJIBLAH bagi kita mengikuti secara tepat cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Ini kerana andai kita cuba melakukan sesuatu selain dari yang diajarkan Rasulullah, bererti kita telah lari dari konteks yang Allah mahukan dari kita, atau dengan kata lain, ibadah kita tidak diterima.

Benarlah sabda Nabi saw di dalam menyokong hal ini, di dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim, “Sesiapa yang beramal dengan amalan yang bukan dari kami (iaitu bukan dari contoh yang ditunjukkan Nabi saw dan para sahabat) maka amalan itu tertolak (tidak diterima Allah)”. Juga sabda baginda saw “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam hal kami ini (iaitu Islam) maka ianya tertolak (tidak diterima Allah)”.

Kerana itu, Ibnu Qayyiim menyimpulkan bahawa dua syarat diterima ibadah ialah, 1)isi hati yang tauhid kepada Allah swt, dan 2) mengikut cara ibadah yang ditunjukkan Muhammad Rasulullah saw.

Sambung Imam Ibnu Qayyim juga, syirik itu adalah musuh ketat dan lawan kepada tauhid, oleh itu sesiapa yang berlaku syirik kepada Allah, bererti dia telah mengingkari pengakuaanya syahadahnya yang pertama. Kerana itu kita dapati bahawa amalan syirik merupakan amalan yang mengeluarkan seseorang itu dari Islam.

Begitulah juga, lawan dan musuh ketat bagi mengikuti cara Rasul saw, ialah bidaah (iaitu mengada-adakan bentuk ibadah yang baru, yang tidak pernah ditunjukkan rasul saw). Maka sebagaiman syirik adalah pembatal syahadah pertama, amalan bidaah merupakan pembatal syahadah kedua.

Kesimpulannya, syirik dan bidaah, merupakan musuh no 1 bagi setiap Muslim yang beriman dengan Allah, RasulNya dan Hari Pembalasan.

Demikianlah sahaja coretan penulis buat masa kini. Semoga dapat dimanfaatkan bersama.

Sesungguhnya di dalam diri penulis, amat-amat mengharapkan agar kita semua bersama-sama mencari semula sunnah baginda saw. Hanya melalui sunnah baginda saw, kita semua mampu beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah…sesungguhnya setiap hati yang bernyawa di muka bumi ini, samada dari kalangan jin atau manusia, adalah milikMu sepenuhnya. Engkau berikan hidayah kepada sesiapa yang Kau mahu, dan Kau sesatkan sesiapa sahaja yang Kamu mahu. Maka hindarkanlah kami dari najis syirik dan bidaah, sesungguhnya kami berlindung denganMu darinya.

Ya Allah…mencintai sunnah nabiMu Muhammad saw adalah sebahagian dari keimanan, bahkan itulah kunci bagi kami beroleh rahmat dan kasih sayangMu, di dunia dan di akhirat.

Ya Allah…kecintaanku padaMu melampaui kecintaanku kepada segala sesuatu, dan sungguh cintaku kepada kekasihMu Muhammad saw melebihi kecintaanku kepada sesiapapun di dunia ini. Sungguh aku berharap agar dapat kupupuk diri ini mengikuti jejak langkahnya…ya Allah bantulah aku dalam merindui dan menyintai dirinya.

Ya Allah…bantulah aku di dalam mengerjar cintaMu…Engkau berkata bahawa mereka yang banyak beramal dengan sunnah akan Engkau cintai…Ya Allah di saat aku membandingkan amalanku dengan kemurnian para rasul dan sahabat-sahabat mereka, terasa diriku jauh dariMu…maafkanlah kesalahan dan kekuranganku, dan walau sejauh manapun diriku dariMu, Engkau tetap tempat aku bergantung harapan, tempat aku meminta, mengadu dan memohon belas simpati.

Ya Allah…perkenankanlah doaku…andaikata Kau enggan mendengar permintaanku, maka kepada siapa lagi harus aku memohon…?

Allahumma Amin.

Ya Allah…sudahkah aku sampaikan pesananMu…?

Tafakur : Zikraa

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia..

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya

seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat, kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan.

Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT?

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

Khamis, 19 Mei 2011

Insha Allah ..

Setiap kali diriku merasa seperti tidak mampu meneruskan hidup lagi...
Terasa sangat kehilangan entah apa...
Menyatakan bahwa diri ku begitu sendirian
Semua ku lihat kelam-malam

Dan kegelapan menyelubungi di seluruh jiwa ku
Adakala nya diriku merasa begitu tak berdaya
Hilang daya ku melihat jalan mana yang harus ku pilih

Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan

Kerna ku yakin Allah selalu di sampingkuInsya Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya..

Setiap kali diri ku melakukan satu kesalahan lagi
Terasa bagaikan pintu taubat tertutup bagi ku
Dan bahawa telah lambat untuk ku mencari jalan taubat
Adakala nya diriku menjadi bingung
Keputusan yang salah yang ku pilih
Keputusan sebegini menghantui fikiran
Dan hati ku penuh dengan rasa malu

Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil.. Namun tidak pernah aku kehilangan harapan

Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku.

Maher Zain, Thank You Allah

Kewajipan yang Terabai di Saat Bahagia .

Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin, segala puji bagi Allah swt, selawat dan salam ke

atas junjungan kita, Rasulullah s.a.w.

Hari walimah (majlis kesyukuran dan meraikan pengantin) merupakan saat yang amat penting bagi seorang pengantin muslim.

Hari ini menjadi saksi yang amat penting, kesyukuran dizahirkan dengan ikatan dua hati yang saling mencintai dan berkasih sayang, juga untuk mengumumkan perasmian ikatan dan penyatuan ini kepada orang ramai.

Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada seorang sahabatnya:

"Adakanlah walimah (jamuan-kenduri), meskipun dengan seekor kambing." - [HR Bukhari]

Pelaksanaan walimah telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. Ianya menjadi syiar kebanggaan umatnya dan salah satu tanda kemuliaan dan keagungan agama Islam.

Walaubagaimanapun, ketika kebahagian ini sedang dirai dan disyukuri dengan meriahnya, majlis sebegini juga seringkali dicemari dengan perkara-perkara yang dibenci Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.

Maka kita perlu saling memperingati sesama manusia sebagaimana firman Allah ini:

"Telah dilaknat orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lidah Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, kerana mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka tidak saling mencegah kemungkaran yang mereka lakukan. Sesungguhnya amat buruk perbuatan yang selalu mereka lakukan itu." - [Al- Ma'idah : 78-79 ]

Di sini diingatkan beberapa ajaran Rasulullah s.a.w yang perlu diberi perhatian di dalam mengendalikan majlis perkahwinan :

01.Bertujuan untuk melaksanakan ibadat kepada Allah swt.

Iaitu dengan niat mencari keredhaan Allah dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Bukan untuk berbangga-bangga dan menunjuk-menunjukkan kemewahan dan kekayaan.

02.Menghindari perbuatan syirik dan khurafat.

Di dalam masyarakat kita terdapat beberapa adat dan kebiasaan yang melibatkan penyekutuan terhadap Allah, na'uzubillah.

Semua yang bertentangan dengan Syariah Islam hendaklah ditinggalkan.

Hindarkan daripada bertemu dukun untuk menentu masa dan hari majlis perkahwinan, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang sihir, lalu ia membenarkan ucapannya, maka dia telah kufur terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad SAW." - [HR Abu Daud].

03.Mengelak dari melakukan maksiat (penderhakaan terhadap perintah Allah dan Rasul).

Mewujudkan suasana yang yang boleh membawa kearah berlakunya maksiat, adalah satu perbuatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

Hawa nafsu hendaklah dididik supaya tidak cenderung ke arah penderhakaan.

04.Mengundang golongan yang kurang berada.

Bukanlah satu sikap yang mulia apabila tetamu yang bakal hadir dipilh dari kalangan yang kaya dan ternama sahaja. Melupakan keluarga dan sahabat handai yang miskin dan kurang berada melambangkan kerendahan akhlak dan peribadi.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Seburuk-buruk makanan adalah makanan di satu walimah, (yang) diundang kepadanya orang-orang kaya dan terhalang darinya orang-orang miskin." - [Muslim dan Baihaqi].

05.Mengelakkan ikhtilat (percampuran di antara lelaki dan perempuan).

Asingkan tempat untuk tetamu lelaki dan wanita. Ini adalah untuk menghindari maksiat seperti zina mata yang seterusnya membawa kepada zina hati.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Dua mata itu boleh berzina, dan zinanya adalah pandangan (pada bukan mahram)." - [HR Bukhari]

Firman Allah swt:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." - [Al-Isra': 32]

Cara terbaik untuk menjauhi zina ialah dengan menyekat jalan-jalan yang boleh membawa ke arahnya dan Al-Qur'an telah banyak menjelaskan hal ini.

06. Menghindarkan hiburan yang boleh merosakkan nilai ibadat.

Kegembiraan yang hakiki bukan terletak pada alunan muzik dan lagu-lagu perkahwinan. Ianya adalah ketenangan hati yang dikecapi apabila majlis itu benar-benar melambangkan kesyukuran pada Allah dan mengingatkan kita kepada
kehidupan akhirat.

Kegembiraan palsu hanya dirasakan sementara waktu dan akan mendatangkan kesusahan apabila majlis walimah hilang keberkatannya.

07. Menghindarkan pembaziran.

Iaitu dengan mengadakan majlis yang melampaui kemampuan, sehingga sanggup berhutang semata-mata kerana terlalu berlebih-lebihan dan diluar kemampuan.

Mari kita renung majlis perkahwinan insan yang paling mulia di muka bumi ini, Rasulullah s.a.w. Baginda telah menunjukkan sebaik-baik contoh dan ajaran.

Adakalanya Baginda menyediakan tamar, adakalanya gandum dan adakalanya kambing. Ini semua berdasarkan kemampuan Baginda ketika itu.

Firman Allah swt:

"....dan jangan kamu membazir, sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya." - [Al-Isra': 17]

08. Mengelakkan perhiasan yang melampau.

Sebahagian masyarakat amat gemar mengandam pengantin dan menghias rumah sehingga melampaui batas yang dibenarkan.

Seringkali pengantin perempuan dijadikan barang tontonan dan dipamerkan di khalayak umum yang terdiri daripada kaum lelaki yang bukan mahramnya.

Hal ini menggalakkan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita. Apatah lagi jika jurusolek dan jurugambar yang digunakan adalah kaum lelaki (wanita jadian).

Kesederhanaan adalah tuntutan dalam semua keadaan. Mengabaikannya seringkali mengundang krisis di dalam kehidupan seperti permusuhan akibat dengki, memandang rendah dari satu pihak, keegoan dan sebagainya.

Jadi janganlah kerana warna-warni, solekan atau kecantikan yang dibuat-buat, wujud pula kehambaran dalam rumah tangga pada masa mendatang.

09. Memberikan ucapan selamat dan mendoakan kedua mempelai serta keluarga mereka.

Para hadirin jarang sekali mendoakan keberkatan apabila melihat pengantin, bahkan tidak mengetahui pun doa tersebut. Ini suatu amalan penting, kerana doa yang ikhlas akan dimakbulkan, insya'Allah.

Cuba bayangkan seandainya semua hadirin mendoakan pengantin sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w, alangkah indah dan bahagianya, ingatlah sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan memperkenankan doa hamba-Nya.

Marilah kita sama-sama mengamalkan ajaran Rasulullah s.a.w ini. Antara doa
yang sering diucapkannya kepada para pengantin ialah:

"Semoga Allah memberkatimu dan mencurahkan barakah ke atasmu dan mengumpulkan kedua-dua kamu dalam kebaikan." - [HR Ahmad & Ashabus Sunan kecuali An-Nasaiy]

Tidak lupa juga doa kepada keluarga pengantin seperti ucapan Rasulullah s.a.w:

"Ya Allah, ampunilah mereka, dan rahmatilah mereka dan berkatilah mereka pada apa yang telah Engkau kurniakan kepada mereka." - [HR Muslim]

Akhir kata, mudah-mudahan kita dapat memahaminya dengan fahaman yang benar tanpa disulami dengan keraguan terhadap Kitabullah dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Bertepatan dengan hadis ini:

"Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara; sekiranya kamu berpegang dengan kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya; Kitabullah dan sunnahku." - [Muwatta' Malik]

Isnin, 16 Mei 2011

Tips Dari Dr. Fadzilah Kamsah.

Tatacara makan & minum

Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa.
Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.

Sebelum tidur, berdoa, bergantung pada apa yg kita hendak
sepanjang tidur, otak akan generate kan semua kehendak kita & Insya-Allah,
kita akan berusaha ke arah itu (ada semangat) di keesokan harinya.

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner.
ikut Sunnah & dapat pahala & juga boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah mencapai 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner).
Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk
yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.
Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus
sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut,
& so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Seelok2nya makan malam sebelum maghrib
ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja
ie masa maghrib), sebab, bagi yang tegah study (or anak2), otak akan berfungsi dengan cemerlang (senang absorb ilmu) sekitar 2 jam selepas makan jadi, kalau makan pada pukul 8:30pm,sehingga 10:30pm baru mula belajar dan besar kemungkinan hanya boleh bertahan hingga jam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari tidak membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air

Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit)
boleh elak daripada dapat batu karang

Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri
ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar



Tatacara didik anak

Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak
(baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri)akan
lebih “lapang”/”lega” dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) dan otak
anak akan berkembang.

* Bagi anak2 yang dah azalinya active atau hyper-active, kurangkan (atau jangan)
pakaikan baju warna orange
sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak.

Tatacara didik diri sendiri

Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, berterusan, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif
emosi2 ini akan membenarkan otak membebaskan excessive adrenaline,
cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc.

Hebatnya Solat Di Awal Waktu.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.



Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

- Artikel iluvislam.com

10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati .

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.

Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.

Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

"Ambillah sepuluh macam ramuan:

Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
Masukkan dalam kuali taqwa,
Lalu tuangkanlah padanya air malu,
Didihkanlah dengan api mahabbah,
Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.

Pengembaraan Yang Hakiki..

Alhamdulillah, bersyukurlah kita kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat berada di alam dunia yang fana ini. Kita telah dihidupkan dan kita juga akan dimatikan dengan izinNya. Kita sebagai manusia telah dipinjamkan olehNya jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang telah diperuntukkan oleh Allah Azza wa Jalla, Tuhan Sekalian Alam. Kita sendiri tidak mengetahui akan hal itu dan Allah SWT adalah sebaik-baik pengatur.

Kehidupan kita ini seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW adalah seperti sebuah pengembara yang sedang berjalan jauh sambil bertongkat dalam menuju perjalanan ke suatu destinasi abadi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Untuk mendapatkan bekalan itu pula memerlukan kesabaran dan ketabahan yang sangat tinggi. Dalam perjalanan ini kita mengisi kehidupan dengan dua keadaan iaitu perasaan atau suasana, juga saat-saat gembira dan saat-saat kesedihan. Kedua-dua perasaan ini pernah dialami oleh para Nabi dan Rasul Allah, apatah lagi kita sebagai hamba yang kerdil lagi hina ini.

Saya ambil contoh yang terdekat yang menjadi idola semua umat Islam, iaitu insan yang sangat saya pandang tinggi dan saya sanjungi, Rasulullah SAW. Hidup Baginda penuh dengan saat yang menggembirakan, tidak kurang juga saat-saat menyakitkan yang sesekali mengundang air mata Rasulullah SAW yang menandakan Baginda juga adalah seorang manusia biasa. Kegembiraan Baginda adalah apabila kita sebagai umat Islam menjalani hidup sesuai dengan jalan yang ditinggalkannya dan kesedihan Baginda pula adalah apabila menyaksikan umatnya tersasar jauh daripada jalan yang Baginda tinggalkan dan umatnya mengikuti jejak langkah syaitan laknatullah.

Hidup ini Keseronokan dan Kebahagiaan Sementara...

Tentunya dalam perjalanan seorang hamba yang ingin menuju ke sebuah destinasi cinta, banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamatnya dan sesekali terasa ingin berputus asa untuk ke destinasi yang pasti itu. Bagi seorang pengembara yang bijak dan pandai, semestinya dirinya tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kenikmatan di dunia yang sementara kerana dirinya tahu bahawa dia adalah penghuni alam yang kekal abadi ; syurga Allah. Bagi seorang pengembara yang senang dan seronok menikmati keseronokan di dunia tanpa memikirkan dunianya yang kekal abadi, dirinya akan mementingkan hawa nafsu semata seolah-olah inilah dunia yang kekal selamanya sehingga dirinya terlupa matlamat atau cita-cita sebenar untuk menuju ke arah akhirat yang abadi. Mereka terpedaya dengan dunia yang sementara ini. Dengan tidak mengendahkan suara iman mereka, mereka terus-menerus meletakkan halawatul dunia dihati mereka dan menyangka bahawa itulah matlamat sebenar mereka, na'uzubillah...

Saya teringat kata-kata salah seorang ustaz saya; Ustaz Mizi. Beliau berkata, kita juga boleh diibaratkan sebagai seorang pemandu atau penumpang atau pengembara yang berada di atas sebuah nakhoda yang besar, yang sedang menuju destinasi selama berhari-hari, malah bertahun-tahun lamanya.

Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang tepat mengikut kompas yang telah diberikan dan ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Dan untuk sampai ke destinasi cinta atau destinasi yang abadi itu, pungut dan kumpullah bekalan ketika berada di dunia sebanyak yang mungkin. Letakkanlah segala keseronokan dan kenikmatan serta kekayaan di dunia ini di tangan kita dan anggaplah semua itu hanya bebanan yang boleh menjejaskan perjalanan menuju ke destinasi cinta abadi.

Oleh itu, sebagai

seorang pengembara, kita seharusnya pandai memilih dan dapat mengenal pasti yang mana satu bekalan dan mana satu bebanan. Bekalan ialah sesuatu amalan yang memudahkan perjalanan sepanjang kita menuju negeri akhirat, manakala bebanan adalah sesuatu yang merumitkan dan melambatkan perjalanan kita ke negeri akhirat.

Ingatlah, dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di negeri akhirat kelak. Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari. [Al-hadis]

Kesimpulannya, persiapkan dan mantapkan diri kita. Sebagai seorang pengembara yang kita sendiri masih belum tahu bila akan sampainya ke destinasi yang dituju, perlunya kita mencari bekalan sebanyak mungkin. Dan berhati-hati dengan setiap ujian kesedihan dan kenikmatan yang Allah SWT berikan kepada kita. Wajibnya kita menjaga hubungan dengan Allah SWT kerana kita semua yang ada di muka bumi ini adalah hanya pinjaman untuk menguji kekentalan iman kita sebagai hambaNya. Begitu juga dengan hubungan kita sesama manusia, saling berpegangan tanganlah kita semua agar tiada yang terjatuh dari kapal dunia ini tanpa ada seorang pun yang berusaha untuk menyelamatkannya.

Sebaik-baik bekalan adalah iman dan takwa...

Masih ingatkah kita pada kisah Rasulullah SAW semasa peristiwa Isra' dan Mikraj? Dalam perjalanan Baginda, Allah SWT telah menunjukkan satu golongan yang menanam gandum dan kemudian menuainya. Baru sahaja beberapa saat ditanam, terus berbuah dan dituai dan begitulah seterusnya. Inilah ibaratnya keadaan orang yang sentiasa membuat kebajikan dan tidak putus-putus menerima ganjaran pahala yang banyak di sisi Allah SWT. Ganjaran ini kelak akan dinikmatinya di akhirat sana, insyaAllah.

Semoga kita semua menjadi seorang pengembara yang bijak dan sentiasa meletakkan kenikmatan di dunia ini di telapak tangan dan bukannya dihati. Yang sentiasa mendoakan pengembara yang lain dan mengingati setiap pengembara didalam doanya.Semoga kita menjadi pengembara yang sentiasa menjadikan redha Allah SWT adalah tujuan utama.

Semoga Allah merahmati, insyaAllah...

Sibuknya Kamu ....

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Beribadah disaat-saat huru hara, dunia kacau bilau adalah seperti hijrah kepadaku."(Hadis riwayat Imam Muslim).

Muslim yang mampu beribadah dan menunaikan kewajipan agamanya disaat-saat yang penuh dengan huru-hara dan gangguan daripada segenap penjuru dan mampu mengingati Allah s.w.t disaat-saat orang lain lupa dan disibukkan dengan perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilalui oleh kaum muhajirin dizaman Rasulullah s.a.w.

Inilah hikmah perbezaan zaman. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang mampu beribadah walaupun dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan dan mudah- mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan Allah seperti yan dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w.

Hadis ini termasuk dalam kitab yang menerangkan tentang hadis-hadis akhir zaman sedangkan tiada disebut dalam lafaz dan mantan hadis peristiwa tentang akhir zaman ataupun tanda-tanda kiamat. Tetapi pada maknanya inilah kejadian akhir zaman.Kita duduk pada zaman yang terakhir.

Tanda hari kiamat sudah mendekati dunia islam ialah Kelahiran Nabi Muhammad S.a.w itu sendiri. Nabi telah meninggalkan kita sudah 1430 tahun dan kita ini sudah berada di penghujung. Dunia sudah terlalu tua. Dalam keadaan yang penuh dengan huru-hara. Ini terbukti dengan macam-macam kisah jahil dengan niat mengejar dunia,cari makan,cari harta dan sebagainya.

Sibuk dengan pemerintahnya,sibuk dengan hal masing-masing ataupun huru- hara dengan makna berlakunya pelbagai maksiat yang tak pernah berlaku dan maksiat yang sudah berlaku semakin bertambah banyak.

Maka dalam keadaan masyarakat hari ini.Masing-masing lupa kepada beribadah kepada Allah. Barangsiapa yang masih lagi sempat meluangkan masa beribadah kepada Allah maka pahala-pahala hijrah.iaitu pahala yang telah didapat oleh golongan muhajirin iaitu sahabat yang telah berpindah dari Mekah ke Madinah. Walaupun tidak sama seperti pahala orang orang muhajirin tetapi pahala hijrah itu maksudnya pahala yang sangat besar disisi Allah s.w.t.

Kenapa pahala yang begitu besar diberi kepada kita oleh Allah s.w.t ?
Kerana pada akhir zaman maksudnya orang semakin lupa untuk beribadah. Ketika orang ramai sibuk beribadah seperti mana zaman Nabi s.a.w.,zaman para sahabat, zaman tabi'in dan zaman solafus soleh. Pada masa ini pahala yang didapati tidak sebanyak pada zaman kita. Apa jua pekerjaan pun kalau ramai orang boleh melakukannya maka bayarannya sedikit sahaja. Tetapi bila pekerjaan itu tidak ramai yang boleh melakukannya maka bayarannya akan banyak.

Zaman kita ini ramai yang tidak mencari akhirat tapi bila kita masih lagi mencari maka banyak pahala yang akan diperolehinya.

Itulah kelebihannya kerana orang ramai tidak memerlukannya. Terbuktinya sekarang ini masing-masing sibuk. Sibuk sampai tidak sempat pergi ke masjid. Hanya mampu sekali seminggu saja pergi ke masjid iaitu pada hari Jumaat.

Kalau tidak hanya pada Solat sunat hari raya sahaja. Sibuk sampai tidak sempat menadah kitab. Orang mengajar hadis, tidak boleh hadir, orang mengajar tafsir, tidak boleh mari, orang mengajar feqah, tidak ada masa, orang mengajar akidah , ada mesyuarat, Orang mengajar Al-Quran biar jadi lembut lidah, biar jadi sah sembahyang, ada hal kat pejabat, orang nak beritahu bab taharah, haid, nifas, tayamum, wudhu. Tidak diperbolehkan juga. Kenapa? nak sambut menantu dan menimang cucu.

Maknanya kita sangat sibuk. Maka zaman orang sibuk ini, barangsiapa yang sempat maka kitalah orang yang terpilih. Manusia hamba Tuhan yan berakal yang diberikan taufik beserta dengan hidayah. Dalam keadaan ramai orang yang lalai maka janganlah kita menjadi lalai.
Dalam surah Al-Ara'f , Allah berfirman ,

"Jangan ada kamu tergolong dalam golongan orang- orang yang lalai".

Kita kena beribadah dalam keadaan ikhlas kepada Allah. Segala perkara yang baik kita niat kerana Allah s.w.t akan menjadi satu ibadah. Memasak kerana Allah, membasuh kereta kerana Allah dan jadikanlah setiap detik itu berada dalam niat ibadah. Hati elemen yang paling utama dalam memimpin manusia itu kepada beribadah kepada Allah. Rasulullah s.a.w bersabda,

"Dalam tubuh anak adam itu ada seketul daging,kalau baik daging yang seketul ini maka baiklah keseluruhan tubuhnya,jika buruk seketul daging itu maka buruklah keseluruhannya,ketahuilah olehmu itu ialah hati".

Beruntung kita yang membersihkan hati !

Hukum Talqin Kepada Si Mati..

Perbincangan kali ini kita akan sama-sama menyingkap apakah hukum sebenar berkenaan talqin kepada si mati. Perkara ini menjadi perbahasan hangat di Malaysia khususnya kerana ada sebahagian golongan pelajar yang mentah ilmunya cuba-cuba untuk mengatakan perkara yang mereka tidak ketahui tentang kebenarannya.

Hadis yang menjadi perbincangan di dalam tajuk ini ialah hadis:

((لقنوا موتاكم لا إله إلا الله))

Maksudnya: Talqinkanlah kepada si mati @yang dalam keadaan sakaratul maut dengan kalimah La ilaha illallah(Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah )

Al-Imam al-Nawawi rahimahullah menyebutkan di dalam kitab al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, bahawa maksud sebenar hadis ini ialah kepada sesiapa yang hampir kepada kematian iaitu dalam keadaan sakaratul maut. Maksudnya: Ingatkanlah kepada orang yang hampir kepada kematian tersebut dengan kalimah syahadah ini, semoga ianya menjadi kalimah terakhir yang disebutkan olehnya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ini berdasarkan hadis baginda sallallahu alaihi wasallam yang disebutkan oleh al-Imam Abu Daud di dalam kitabnya, dan al-Imam Hakim Naisaburi di dalam al-Mustadrak:

((من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة))

Maksudnya: Sesiapa yang akhir kalimah yang disebutkan olehnya sebelum roh meninggalkan jasadnya ialah kalimah La Ilaha Illallah maka dia akan masuk ke dalam syurga.

Manakala al-Imam Muhibuddin al-Thabari, al-Imam Kamal Bin Humam , al-Imam Syaukani, dan selainnya rahimahumullah mengatakan bahawa lafaz موتاكم di dalam hadis tersebut adalah lebih jelas maksudnya kepada si mati. Pendapat yang mengatakan bahawa ianya adalah kepada orang yang hampir mati itu merupakan Majaz yang mana ianya memerlukan kepada qarinah.

Apakah yang dimaksudkan dengan Majaz ?

Di dalam bahasa Arab ada perkataan yang kita sebutkan sebagai Hakikat. Lawan bagi hakikat di dalam kalimah Arab ialah Majaz.

Hakikat ialah: استعمال اللفظ فيما وُضِع له maksudnya ialah: Penggunaan sesuatu lafaz tersebut dengan maksud yang telah diletakkan oleh ahli bahasa.

Contohnya jika saya katakan bahawa saya telah melihat bulan. Maka seseorang yang mendengar perkataan saya akan memahami bahawa bulan yang dimaksudkan oleh saya ialah bulan yang kita sedia maklum iaitu salah sebuah bintang yang terdapat di angkasa.

Majaz ialah: استعمال اللفظ فى غير ما وضع له لعلاقة مع قرينة مانعة من إرادة المعنى الحقيقي maksudnya ialah: Penggunaan sesuatu lafaz bukan pada maksud sebenar seperti yang diletakkan oleh ahli bahasa dengan alaqah( iaitu sesuatu perkara yang menjadi persamaan antara lafaz hakikat dan majaz) bersama dengan lafaz qarinah (sesuatu perkataan yang menjelaskan bahawa lafaz hakikat tersebut bukanlah maksud sebenar yang kita kehendaki).

Contoh mudah yang saya dapat berikan kepada sidang pembaca: Jika saya katakan, saya telah ternampak seekor singa sedang memberikan ucapan di atas pentas.

Pada mulanya, tentu orang yang mendengar perkataan saya mengambarkan seekor singa yang benar iaitu binatang buas yang dikenali. Tetapi selepas saya menyebutkan perkataan “sedang menyampaikan ucapan di atas pentas” Maka sidang pembaca tidak boleh lagi meletakkan maksud saya kepada singa yang sebenar tetapi sebaliknya kepada seseorang yang sangat berani dan gagah seperti singa sedang menyampaikan ucapan tersebut.

Tentu sidang pembaca tertanya mengapa saya membincangkan perkara ini. Sebenarnya saya ingin menerangkan apakah maksud sebenar yang telah disebutkan oleh al-Imam Muhibuddin al-Thabari, al-Imam Kamal Bin Humam, al-Imam Syaukani, dan selainnya rahimahumullah yang mengatakan bahawa perkataan موتاكم adalah hakikat bukannya Majaz. Jika sidang pembaca memahami maksud sebenar majaz dan hakikat tentu dengan mudah akan memahami maksud sebenar yang disebutkan oleh para ulama tersebut.

Ini kerana tidak terdapat sebarang qarinah yang menunjukkan bahawa perkataan موتاكم itu adalah ditujukan kepada orang yang hampir mati.

Jika golongan wahabi menolak pendapat ini dengan mengatakan bahawa maksud sebenarnya ialah kepada orang yang hampir mati dan menolak pendapat yang mengatakan bahawa maksudnya ialah kepada seseorang yang benar-benar mati, maka seolah-olah mereka tidak mempercayai dengan hadis baginda sallallahu alaihi wasallam :

(( ما من رجل يمر بقبر الرجل كان يعرفه في الدنيا فيسلم عليه إلا ردَّ الله روحه حتى يرد عليه السلام))

Maksudnya: Tiadalah seorang lelaki yang melalui kawasan kubur seorang lelaki yang dikenalinya ketika di dunia dahulu, maka dia memberikan salam(kepada ahli kubur tersebut) melainkan Allah subhanahu wa taala akan mengembalikan roh lelaki(yang telah mati) tersebut untuk menjawab kembali salam lelaki(yang masih hidup) tersebut.

Ini jelas menunjukkan bahawa orang yang telah mati mampu mendengar semua perkataan dan ucapan yang diucapkan kepadanya. Kata guru kami, Mufti Besar Mesir, Syeikh Ali Jum’ah hafizahullah: Perkataan talqin itu akan memberikan manfaat kepada si mati dan yang masih hidup.

Jika kita mengabungkan pendapat kedua-dua Imam yang kita sebutkan iaitu al-Imam Nawawi rahimahullah(yang mengatakan bahawa maksud موتاكم itu ialah orang yang hampir mati) dan para Imam yang mengatakan bahawa perkataan موتاكم itu bermaksud kepada orang yang benar-benar telah meninggal dunia. Maka sebenarnya tidak ada perselisihan di antara mereka. Al-Imam Nawawi rahimahullah sendiri tidak menafikan bahawa موتاكم itu hanya dikhususkan untuk orang yang hampir mati sahaja.

Jadi, gabungan terbaik di antara dua pendapat ini ialah, kalimah syahadah tersebut boleh disebutkan di kedua-dua keadaan. Samaada sebelum mati ataupun selepas dikebumikan.

ADAKAH TERDAPAT HADIS YANG MENERANGKAN BAHAWA ADANYA TALQIN SELEPAS DIKEBUMIKAN?



Jawapannya ialah Ya. Tentu sekali ada.Ini kerana para ulama Islam mustahil bagi mereka melakukan perkara bid’ah yang tiada asal pengambilannya di dalam perkara Syara’. Golongan yang menentang talqin dengan semata-mata mengatakan bahawa ianya tiada asal pengambilan dan adalah bid’ah maka mereka telah melakukan fitnah yang besar kepada para ulama Islam yang benar-benar ikhlas menyampaikan Islam.

Guru kami al-Allamah al-Syeikh Ali Jum’ah hafizahullah menerangkan di dalam kitab beliau bahawa Jumhur para ulama mengatakan bahawa sunat kita membacakan talqin kepada si mati setelah dikebumikan berdasarkan riwayat al-Thabrani yang diriwayatkan oleh Sahabat Baginda sallallahu alaihi wasallam yang mulia,Saidina Abu Umamah al-Bahili radhiyallahu anhu. Hadisnya adalah seperti berikut:

أن أبا أمامة الباهلى رضى الله عنه قال: إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمرنا صلى الله عليه وسلم أن نصنع بموتانا, فقد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا مات أحد من إخوانكم فسوَّيتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره,ثم ليقل: يا فلان ابن فلانة, فإنه يسمعه ولا يجيب, ثم يقول: يا فلان ابن فلانة , فإنه يستوي قاعدا: ثم يقول: يا فلان ابن فلانة , فإنه يقول : أرشدنا رحمك الله, ولكن لا تشعرون : فليقل: أذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن لا إله إلا الله و أن محمدا عبده و رسوله ....الحديث

Maksudnya: Sesungguhnya Saidina Abu Umamah al-Bahili radhiyallahu anhu berkata: Jika aku meninggal dunia maka lakukanlah kepadaku sepertimana yang telah disuruh oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam lakukan kepada sesiapa sahaja yang meninggal dunia. Sesungguhnya baginda sallallahu alaihi wasallam bersabda: Jika seseorang di kalangan saudara kamu meninggal dunia jika sudah selesai dikebumikan maka berdirilah seseorang di kepala kuburnya kemudian katakanlah: Wahai fulan bin fulanah, sesungguhnya dia(si mati) itu mendengar tetapi dia tidak boleh menjawab. Kemudian katakanlah: wahai fulan bin fulanah, Maka si mati itu akan bangun dan duduk(di dalam kuburnya). Kemudian katakanlah(kali yang ketiga): Wahai fulan bin fulanah, Maka si mati itu akan menjawab: Berilah petunjuk kepada kami, moga Allah taala merahmatimu. Tetapi kamu semua(yang hadir di dalam majlis talqin itu) tidak akan mendengar sahutan tersebut. Kemudian katakanlah: Sebutlah olehmu dengan Kalimah syahadah yang engkau sebutkan ketika kamu keluar daripada dunia( rohmu terpisah daripada jasadmu )….al-Hadith

Saya cuma ingin menyebutkan hadis ini secara ringkas sebagai dalil bahawa hadis berkenaan talqin wujud dan bukannya tiada asal pengambilan seperti yang didakwa oleh golongan wahabi yang tidak mempelajari tentang perkara ini. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Thabari di dalam Mu’jam al-Kabir 8/249 dan al-Imam Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid 3/45.

Al-Imam Ibn Taimiyah rahimahullah juga pernah ditanya tentang perkara ini di dalam Fatawa Kubra 3/24-25. Maka beliau menjawab dengan mengatakan bahawa ianya dilakukan oleh sebahagian sahabat baginda sallallahu alaihi wasallam seperti Saidina Abu Umamah al-Bahili radhiyallahu anhu.Beliau juga mengatakan bahawa al-Imam Ahmad radhiyallahu anhu mengatakan bahawa ianya tidak ada masalah untuk dilakukan.

Walaupun hadis ini dhoif , tetapi jika kita belajar kaedah yang disebutkan oleh para ulama Hadis, maka kita ketahui bahawa hadis dhoif tiada masalah untuk diamalkan di dalam perkara Fadhilat. Malah hadis berkenaan talqin ini menurut al-Imam Nawawi radhiyallahu anhu dikuatkan dengan hadis sahih yang lain seperti wasiat daripada saidina Amru bin al-ash radhiyallahuanhu di dalam Sahih Bukhari dan Muslim.Ini jelas disebutkan oleh al-Imam Nawawi radhiyallahuanhu di dalam kitab Majmu Syarah Muhazzab jilid 5 mukasurat 273-275.Ini seperti yang ambil daripada kitab al-Allamah Syeikh Ali Jum’ah, Mufti Besar Kerajaan Mesir.

Hujah yang disebutkan oleh saya di sini dengan dikuatkan dengan kalam para ulama, sudah mencukupi bagi memahamkan orang-orang yang mahu mencari kebenaran. Tetapi golongan yang keras hati dan tidak mahu meneri kebenaran maka jika diberikan seribu dalil sekalipun maka mereka tetap tidak akan menerimanya. Maka sama-sama kita fikirkan dan renungkan sebaiknya.

Rujukan:
1. Al-Bayan oleh Syeikh al-Allamah Dr Ali Jum’ah al-Syafie, Mufti Besar Mesir
2. Al-Mausu’ah al-Yusufiyah oleh al-Ustaz Doktor Yusuf Khattar Muhammad
3. Al-Wadhih fi al-Balaghah oleh Syeikh Muhammad Zarqhan Farakh

Mohd Nazrul Abd Nasir ,
Rumah Kedah, Hayyu 10,
Madinat Nasr, Kaherah

Sifat Mahmudah.

Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata


Ibuku.

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang

menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini

Guru O Guru...

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Mengukir Inai Di Tangan: Apakah Dibenarkan Syara'?

Sudah menjadi tabiatnya- Golongan perempuan, ingin kelihatan cantik dan menawan. Berbagai cara dilakukan untuk tampil menarik, antaranya dengan berpakaian cantik, berhias dengan aksesori yang pelbagai atau berhias dengan peralatan solek dan yang seumpamanya.

Berinai juga dilihat sebagai salah satu cara untuk berhias khasnya sewaktu hendak bersanding. Inai digunakan dengan bermacam cara, dan selalunya cara itu meluas mengikut trend semasa. Jika dahulu inai hanya digunakan untuk memerahkan kuku, jejari dan telapak tangan, tetapi sekarang ia lebih menjurus kepada ukiran seperti ukiran berbentuk bunga, hati, bintang dan seumpamanya.

Kehalusan ukiran inai yang terhasil dari kreativiti pengukir dilihat sebagai satu seni hiasan yang cantik dan menarik. Tidak hairanlah jika ia menjadi satu trend hiasan yang digemari oleh sebahagian orang hari ini. Apa yang ditakuti ada perempuan Islam yang menghias anggota badannya dengan ukiran yang kekal dalam bentuk tatu.

Apakah hukum berinai dan adakah berinai dengan cara membuat ukiran di tangan itu dibenarkan oleh syara‘?

Hukum Berinai

Terdapat perbezaan hukum berinai bagi lelaki dan perempuan.

Pertama: Hukum berinai bagi lelaki

Berinai pada dua tangan dan kaki bagi kaum lelaki hukumnya adalah
haram kecuali kerana darurat seperti berinai untuk berubat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salma, khadam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya:

Maksudnya:

“Tidak mengadu seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sakit di kepalanya melainkan Baginda berkata: “Berbekamlah”, dan tidak mengadu seseorang kepada Baginda tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda berkata: “Inaikanlah keduanya”.”


(Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan sesetengah pengantin lelaki berinai di jejari tangannya adalah haram juga hukumnya.

Manakala berinai pada uban dan janggut adalah disunatkan bagi lelaki, sama ada dengan warna merah atau kuning. Akan tetapi bukan dengan warna hitam,kerana berinai dengan warna hitam
adalah haram sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya:

“Dibawa Abu Quhafah pada hari penaklukan Makkah ke hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ubahkan (warna rambut dan janggut) kamu dengan sesuatu dan jauhi (warna) hitam.”



(Hadis riwayat Muslim)

Kedua: Hukum berinai bagi perempuan.

Hukum berinai bagi perempuan adakalanya sunat, adakalanya makruh, bahkan adakalanya haram mengikut keadaan, status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara perempuan itu berinai.

i. Berinai yang sunat

Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.

ii. Berinai yang makruh

Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.

iii. Berinai yang haram

Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram. Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami.

Berinai Dengan Membuat Ukiran Di Tangan

Berinai yang disunatkan bagi perempuan yang bersuami yang ingin melakukan ihram atau tidak dan perempuan yang tidak bersuami yang ingin melakukan ihram ialah dengan cara menginai seluruh tangan hingga pergelangannya dan disunatkan juga menyapu sedikit inai pada mukanya.
Adapun berinai dengan membuat ukiran di tangan pula, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah ada menyebutkan perkara ini di dalam kitabnya, Tuhfah al-Muhtaj ‘ala Syarh al-Minhaj, katanya:

Ertinya:

“Dan tidak disunatkan baginya (perempuan yang bersuami yang tidak melakukan ihram) berinai dengan membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi, bahkan haram melakukan salah satu daripada cara sedemikian bagi perempuan yang tidak bersuami dan bagi isteri yang tidak mendapat keizinan suaminya.”

Berdasarkan petikan di atas, jelas bahawa hukum berinai dengan membuat ukiran bukanlah cara yang disunatkan, bahkan perbuatan itu haram dilakukan bagi perempuan yang tidak bersuami dan juga bagi perempuan yang sudah berkahwin yang tidak mendapat keizinan suaminya. Namun jika suami mengizinkannya, makruh jika isteri melakukan yang sedemikian itu.

Selain daripada membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi juga merupakan cara berinai yang tidak dibenarkan oleh syarak.Walau bagaimanapun menurut Ibnu Rif‘ah Rahimahullah, apa yang dimaksudkan dengan berinai di hujung-hujung jari yang diharamkan itu adalah menginai hujung-hujung jari dengan inai yang berwarna merah dan dicampur dengan yang berwarna hitam.

Jika menginainya hanya dengan inai yang berwarna merah, maka yang sedemikian adalah dibolehkan. Begitu juga dibolehkan ukiran yang dibuat dengan inai (warna merah) sahaja menurut Ibn Qasim al- ‘Abbadi Rahimahullah.

Kesimpulannya, Islam tidaklah melarang umatnya untuk berhias selama mana berhias itu selari dengan apa yang disyariatkan syara‘. Termasuk dalam hal inai, Islam telah memberikan garis
panduan tertentu mengenai cara berinai seperti larangan berinai dengan warna hitam dan waktu yang dibolehkan untuk berinai seperti sunat bagi perempuan berinai ketika berihram.

Sumber : Mufti Brunei



Rabu, 11 Mei 2011

15 Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala Allah.

Daripada Ali Bin Abi Talib Rodiallahu Anhu, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

Apabila Umatku membuat lima belas perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :-

1.Apabila harta negara beredar pada orang tertentu.
2.Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3.Zakat dijadikan hutang.
4.Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.Anak derhaka terhadap ibunya.
6.Sedangkan ia berbaik - baik dengan kawannya.
7.Dan ia suka menjauhkan diri dari pada ayahnya.
8.Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9.Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10.Seorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12.Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13.Para artis disanjung - sanjung.
14.Muzik (bunyi - bunyian) banyak dimainkan.
15.Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan generasi pertama(sahabat))

Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.

Hadith riwayat tarmizi.

Keterangan:

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W.Cuma masih belum sampai ke peringkat akhir.

Surau AS-SAJADAH,
Institut Latihan Perindustrian(ILP IPOH),
Taman Meru,
30020 Jelapang Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

Selasa, 10 Mei 2011

Maksud Surah Al - Jumu'ah,ayat :5

Firman Allah dalam surah al - jumu'ah ayat 5 yang bermaksud:
"Bandingan orang (Yahudi)yang dipertanggungkan dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul beban kitab - kitab yang besar (sedangkan ia tidak mengetahui kandungannya).Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat - ayat keterangan Allah. Dan (ingatlah Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim."(Surah al - jumu'ah 62:5)

Kelebihan Fatimah Puteri Nabi s.a.w

Hadis Miswar bin Makhramah r.a:
Beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ketika berada di atas mimbar: Sesungguhnya Bani Hisyam bin Al-Mughirah meminta kebenaran dari aku untuk mengahwinkan anak perempuan mereka dengan Ali bin Abu Talib. Aku tidak membenarkannya dengan mengulanginya tiga kali, kecuali sekiranya Ali bin Abu Talib menceraikan puteriku. Ketika itu beliau bolehlah mengahwinkan anak perempuan mereka. Anak perempuanku adalah sebahagian dari diriku. Aku merasa gembira sekiranya beliau gembira dan aku merasa susah sekiranya beliau derita.

Hadis Aisyah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memanggil Fatimah dan bercakap dengannya secara rahsia. Tiba-tiba Fatimah menangis, baginda bercakap lagi, sejurus kemudian Fatimah tersenyum. Aisyah berkata: Lalu aku bertanya kepada Fatimah: Apa yang Rasulullah s.a.w katakan padamu menyebabkan kamu menangis dan ketawa. Fatimah berkata: Aku menangis kerana Rasulullah memberitahu aku tentang kematiannya dan aku ketawa kerana akulah orang pertama dari kalangan keluarganya yang akan menyusuli baginda.

Kitab : KITAB KELEBIHAN PARA SAHABAT R.A Bab : Bab Kelebihan Aisyah r.a

4468. Hadis Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku bermimpi melihat kamu sebanyak tiga malam. Malaikat datang kepadaku membawamu di dalam sehelai kain sutera serta berkata: Inilah isterimu. Lalu aku membuka tutupan dari wajahmu, ternyata itu adalah kamu. Maka aku berkata: Sekiranya perkara itu datangnya dari Allah, pasti ia terlaksana.

4469. Hadis Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: Sesungguhnya aku mengetahui ketika kamu suka dan marah padaku. Maka aku bertanya: Bagaimana kamu mengetahuinya? Rasulullah s.a.w menjawab: Sekiranya kamu suka padaku, kamu berkata tidak, demi Tuhan Muhammad, tetapi sekiranya kamu marah, maka kamu akan berkata, tidak demi Tuhan Ibrahim. Aku berkata: Benar, Wahai Rasulullah! Demi Allah, aku tidak akan melupai namamu.

4470. Hadis Aisyah r.a:
Ketika aku bermain dengan anak patung di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba kawan-kawanku datang kepadaku, tetapi mereka merasa malu kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w menyuruh mereka menemuiku.

4471. Hadis Aisyah r.a:
Sesungguhnya orang ramai berusaha untuk memberi hadiah kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda s.a.w berada di rumah Aisyah. Mereka berbuat demikian untuk mendapatkan keredaan Rasulullah s.a.w.

4472. Hadis Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya:
Beberapa orang isteri Nabi s.a.w meminta Fatimah anak Rasulullah s.a.w supaya menemui baginda s.a.w. Ketika Fatimah meminta izin untuk masuk, Rasulullah s.a.w sedang tidur bersamaku di dalam sehelai kain. Setelah diizinkan masuk Fatimah berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya isteri-isteri kamu meminta aku datang menemui kamu supaya bertanya tentang keadilan yang diberikan kepada anak Abu Quhafah. Ketika itu aku tidak berkata apa-apa. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Wahai anakku, tidakkah kamu suka apa yang aku suka? Fatimah menjawab: Ya. Rasulullah s.a.w bersabda: Maka sayangilah isteriku ini. Setelah Fatimah mendengar sabda Rasulullah s.a.w, maka beliau pun pulang dan menemui isteri-isteri Nabi s.a.w. Fatimah menceritakan kepada mereka apa yang telah beliau perkatakan dan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepadanya. Maka isteri-isteri Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Sesungguhnya kamu tidak pernah memenuhi keinginan kami, pergilah lagi menemui Rasulullah s.a.w dan katakan kepadanya sesungguhnya isteri-isteri kamu bertanyakan tentang keadilan yang diberikan kepada anak Abu Quhafah. Fatimah menjawab demi Allah, aku tidak akan bercakap mengenainya lagi. Aisyah berkata: Maka isteri-isteri Nabi s.a.w menghantar Zainab binti Jahsyin isteri Rasulullah s.a.w. Beliau juga sepertiku, mendapat tempat di hati Rasulullah s.a.w. Aku tidak pernah menemui perempuan selain dari Zainab yang amat mengetahui tantang agama, yang amat takut kepada Allah, yang bercakap benar, suka menghubungkan Silaturahim, suka bersedekah, tekun melakukan kerja yang di yakini betul serta mendapat keredaan dari Allah. Cuma beliau cepat marah tetapi beliau cepat mengawal diri. Beliau meminta izin untuk menemui Rasulullah s.a.w dan ketika itu Rasulullah s.a.w berada bersama Aisyah di dalam satu kain, iaitu sama seperti ketika Fatimah menemui baginda. Rasulullah s.a.w mengizinkannya, lalu Zainab berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya isteri-isteri kamu meminta aku menemui kamu. Mereka bertanya tentang keadilan yang kamu berikan kepada anak Abu Quhafah, kemudian beliau mula berkata tentang diriku secara panjang lebar. Aku menunggu di sisi Rasulullah s.a.w, adakah baginda merestui untuk aku berkata-kata, aku melihat Zainab terus berkata-kata sehinggalah aku mengetahui Rasulullah s.a.w membenarkan untuk aku membela diri. Aku menghadapi Zainab dengan cara yang sama dan tidak memberi kesempatan padanya, sehinggalah aku menguasainya. Rasulullah s.a.w tersenyum dan berkata: Ya, memang benar anak Abu Bakar.

4473. Hadis Aisyah r.a:
Apabila Rasulullah s.a.w merasa kehilanganku, baginda s.a.w berkata: Di manakah aku sekarang? Di manakah aku esok? Baginda s.a.w merasa lama menunggu giliran bersama Aisyah. Beliau r.a berkata: Ketika Allah mengambil nyawa baginda, baginda berada di dalam pangkuanku.

4477. Hadis Aisyah r.a katanya:
Apabila Rasulullah s.a.w hendak musafir, baginda s.a.w akan membuat undian di antara isteri-isteri baginda. Suatu hari, undi terjatuh kepada Aisyah dan Hafsah, lalu kami keluar bersama Rasulullah s.a.w. Di waktu malam Rasulullah s.a.w berjalan serta bercerita dengan Aisyah. Satu ketika Hafsah berkata kepada Aisyah: Malam nanti, bolehkah aku menaiki unta kamu dan kamu menaiki untaku? Aku pun setuju, maka Aisyah menunggang unta Hafsah dan Hafsah menunggang unta Aisyah. Ketika Rasulullah s.a.w menuju ke arah unta Aisyah yang ditunggang oleh Hafsah. Rasulullah s.a.w mengucapkan salam dan berjalan bersamanya sehinggalah mereka berhenti dan Aisyah yang kehilangan baginda merasa cemburu. Ketika itulah beliau menjatuhkan kakinya di atas rumput tebal sambil berkata: Ya Tuhanku, datanglah padaku kala atau ular, sesungguhnya RasulMu telah menyakitiku dan aku tidak berkuasa untuk berkata sesuatu kepadanya.

4478. Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kelebihan Aisyah dari wanita-wanita lain, seperti kelebihan Tarid iaitu sejenis makanan Arab dari makanan-makanan lain.

4479. Hadis Aisyah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya Jibril mengucap salam kepada kamu. Aku pun berkata: Selamat ke atasnya dan semoga dia mendapat rahmat dari Allah.




Isnin, 9 Mei 2011

Selawat Nabi S.A.W Fadhilat & Khasiatnya.

Pengertian Selawat:



Selawat adalah jamak dari kalimat solat . Selawat menurut bahasa ertinya ialah doa , rahmat dari allah , memberi berkah dan ibadat .



Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )

Selawat kepada nabi terdiri dari tiga macam tingkatan :



1.Selawat Allah kepada Nabi dan Rasulnya , istimewa kepada Nabi Muhammad S.A.W. bererti Allah memberi rahmat , memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad S.A.W kepadanya .

2.Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W , bererti malaikat² mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan .

3.Selawat manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W , bererti mengakui kerasulannya , memohon kepada Allah melahirkan keutamaan , kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya.

Hukum Membaca Selawat



Para ulama' telah memberi berbagai pendapat tentang hukum membaca selawat ke atas Nabi S.A.W diantaranya :



1.Imam Syafie mengatakan , selawat itu wajib dibacakan dlm tasyahud akhir, iaitu di antara tasyahud (tahiyyat) dan salam .

2.Imam Asy-Sya’bi berpendapat, selawat wajib dibaca dalam solat dalam kedua-dua tasyhud awal dan akhir .

3.Abu Jaafar Al-Baqir mengatakan , selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dlm tasyahud awal atau akhir .

4.Abu Bakar ibnu Al-Baqir berpendapat , selawat wajib dibaca tanpa mengira bilangannya .

5.Abu Bakar Ar-Razi & Ibnu Hazmin berpendapat , berselawat wajib dalam seumur hidup walaupun hanya sekali .

6.At-Thahawi berpendapat , selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W

7.Az-Zamakhsyari berpendapat , selawat wajib dibaca pada tiap² sesuatu majlis .

8.Ibnu Jarir At-Thabari berpendapat , berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang disukai sahaja .

9.Ibnu Qashshar berpendapat , berselawat kpd Nabi adalah suatu ibadah wajib .


Kesimpulannya , membaca selawat ke atas Nabi S.A.W adalah suatu amaliah dan ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah dan para malaikat-nya serta sangat dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi S.A.W.

Dalil-dalil Hadis Tentang Selawat



1.Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )

2.Sabda Nabi s.a.w : “ Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus . “ (Hadis Riwayat Ahmad & Al-Khatib )

3.Sabda Nabi s.a.w : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada . “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )

4.Sabda Nabi s.a.w : “ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima rohku sehingga aku menjawab salam kepadanya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )


Berdasarkan dari hadis² , jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan . Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi , Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin .



Waktu-Waktu berselawat:-



Terdapat banyak hadis yang menerangkan mengenai tempat² dan waktu² yang dituntut supaya kaum Muslimin membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. Diantaranya :



1.Ketika hendak masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya . Nabi s.aw bersabda :“ Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid , maka hendaklah ia membaca salam kepadaku ( selawat dan salam ). Sesudah itu berdoa : Wahai Tuhanku , bukakanlah untukku segala pintu rahmat-Mu . Dan apabila ia hendak keluar hendaklah berdoa : Wahai Tuhanku , aku memohon kepadamu limpahan rahmat-Mu .” ( Hadis Riwayat Abu Daud )



Ibnu Sunni menceritakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w masuk dari masjid beliau membaca selawat yang bermaksud “ Dengan Nama Allah , selawatlah keatas Muhammad “



2.Sesudah Azan . Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “ Apabila kamu mendengar mu’azzin yang menyerukan azan, maka jawablah dengan bacaan yang sama ia baca. Setelah selesai maka berselawatlah kamu kepadaku .” ( Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim )


3.Sesudah membaca tasyahud akhir dalam sembahyang .


4.Di dalam sembahyang jenazah . Menurut Imam Syafi’e dalam Al-Musnad : “ Sunnah Rasulullah s.a.w dalam melaksanakan sembahyang jenazah adalah bertakbir pada permulaannya , setelah itu ia membaca fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali ketiga.”


5.Diantara takbir-takbir sembahyang sunat hari raya . Berkata sebahagian ulamak adalah lebih baik jika membaca selawat mengiringi takbir hari raya seperti yang bermaksud “ Maha suci Allah segala puji dan sanjungan bagi Allah jua . Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar. Ya Allah , muliakan olehmu Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat kepadaku. “


6.Di permulaan dan akhir doa . Nabi bersabda : “ Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi . tiada naik , barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu. “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )


7.Di akhir qunut dalam sembahyang . Diriwayatkan oleh An-Nasai bahawa disukai seseorang mengakhiri qunut dengan membaca selawat yg bermaksud “ Dan mudah-mudahan Allah melimpahkan selawat (rahmat) atas Muhammad . “


8.Di malam dan di hari Jumaat . Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud “ Banyakkanlah olehmu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dikemukakan kepadaku . “ ( Hadis Riwayat Thabarani )


9.Di dalam khutbah Jumaat . Dalam mazhab Syafi’e para khatib wajib membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w pada permulaan kutbah , sesudah membaca thamid dan juga sebelum akhir khutbah Jumaat .


10.Ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ Tidak seorang pun di antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku , melainkan Allah mengembalikan kepadaku rohku untuk menjawab salamnya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )


11.Sesudah bertalbiah . Sabda Nabi s.a.w : “ Memang disuruh seseorang membaca selawat untuk Nabi ketika ia telah selesai talbiahnya dalam segala keadaan . “ ( Hadis Riwayat Syafi’i &Daraquthni )


12.Ketika setiap mengadakan majlis atau keramaian . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah duduk suatu kaum di dalam sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah Taala dan tiada berselawat ke atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki nescaya akan mengampuni mereka .” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi & Abu Daud)


13.Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesame Islam . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang . “ ( Hadis riwayat Ibnu Sunni )


14.Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya . “ ( Hadis Riwayat Ar-Rahawi )


15.ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya . “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )


16.Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku . “ ( Hadis Riwayat Ibnu Sunni )


17.Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan . Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah , ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu. “ ( Hadis Riwayat Ahmad )


18.Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat . “ ( Hadis Riwayat Thabarani )



Logiknya Solat Dalam Sudut Pandangan Sains.

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah

petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.