Ibu
insan mulia yang melahirkan kita,membelai kita mengasuh kita rasanya
tidak terbalas jasa ibu kerana ibu tidak ada tempat penggantinya. Di
dunia setiap manusia dikurniakan satu je ibu,kalau takde maka hilanglah
seri hidup.
Sementara
ibu kita hidup hargai ibu kita dengan kasih sayang dan cinta sebagai
balasan kepada cinta mereka yang mengasuh dan melahirkan kita dimuka
bumi. Adakah ibu harapkan wang ringgit?Tidak cukuplah kau membahagiakan
mereka,bertanya khabar,menjenguk mereka ketika ada ruang.
Ramai
sekadar hanya menghantar wang ke rumah namun diri sendiri tidak
kelihatan akibat sikap merasakan wang sudah cukup membahagiakan ibu.
Namun disudut hati ibu beliau rindu akan anak mereka.
Moga
hari ibu bukan diamalkan sikap tahunan,tanya khabar sekadar setahun
sekali. Keraplah hubungi ibu anda,jangan biarkan dirinya tertanya-tanya.
Anak ku dimana?Sihat kah dia?Sudah makan kah dia?
Kita
sebagai anak?pernah kah pertanyaan begitu terpacul dimulut kita?Jika
sudah Alhamdulillah,jika belum mulakan lah pertanyaan begitu sebagai
penghargaan selagi nyawa ibu masih lagi ada.
Nukilan ini hanya sekadar luahan rasa,tentang kekaguman insan bernama ibu,Sayangi ibu kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan