Emerald

Al-Quran

Khamis, 22 September 2011

Keistimewaan sujud semasa bersolat.



Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.

Rabu, 21 September 2011

Cinta Ibu

 
Ibu insan mulia yang melahirkan kita,membelai kita mengasuh kita rasanya tidak terbalas jasa ibu  kerana ibu tidak ada tempat penggantinya. Di dunia setiap manusia dikurniakan satu je ibu,kalau takde maka hilanglah seri hidup.
Sementara ibu kita hidup hargai ibu kita dengan kasih sayang dan cinta sebagai balasan kepada cinta mereka yang mengasuh dan melahirkan kita dimuka bumi. Adakah ibu harapkan wang ringgit?Tidak cukuplah kau membahagiakan mereka,bertanya khabar,menjenguk mereka ketika ada ruang.
Ramai sekadar hanya menghantar wang ke rumah namun diri sendiri tidak kelihatan akibat sikap merasakan wang sudah cukup membahagiakan ibu. Namun disudut hati ibu beliau rindu akan anak mereka.
Moga hari ibu bukan diamalkan sikap tahunan,tanya khabar sekadar setahun sekali. Keraplah hubungi ibu anda,jangan biarkan dirinya tertanya-tanya. Anak ku dimana?Sihat kah dia?Sudah makan kah dia?
Kita sebagai anak?pernah kah pertanyaan begitu terpacul dimulut kita?Jika sudah Alhamdulillah,jika belum mulakan lah pertanyaan begitu sebagai penghargaan selagi nyawa ibu masih lagi ada.
Nukilan ini hanya sekadar luahan rasa,tentang kekaguman insan bernama ibu,Sayangi ibu kita

Khamis, 15 September 2011

-DOA UNTUK IBU BAPA- *

Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 

Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 

Ya Allah
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 

Ya Allah
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 

Amin Ya Rabbul Alamin.. 

Dipetik daripada Kanz al-Ummal bahawa Saidina Ali berkata: ”Sesiapa menjamin untukku  satu perkara, aku jaminnya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturrahim (berhubungan baik dengan keluarga terdekat) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezekinya, ditambah umurnya dan Allah memasukkannya ke dalam syurga yang dijanjikan-Nya.”

Jarak dan masa bukanlah masalah untuk kita bersilaturrahim dengan ibu bapa. Malah Rasulullah s.a.w. memberi jaminan kepada Muslim yang bersilaturrahim dengan keluarga terdekat. Bagi pelajar, usahakanlah untuk menjenguk ibu bapa kita sekerap mungkin agar mudah bagi kita memohon doa dan reda mereka. Doa daripada kedua-dua ibu ibu bapa kita dapat mempermudahkan urusan kita terutama dalam menuntut ilmu pada zaman yang penuh dengan cabaran ini.

Tanpa kita sedar, doa daripada ibu bapa kitalah yang menjadi kekuatan bagi kita menghadapi kehidupan ini. Semak kisah-kisah para sahabat yang mendidik anak mereka menjadi penjuang. Bagaimana Khunsa merelakan keempat-empat anaknya mati syahid dan mendoakan kebaikan bagi mereka. Begitu juga perjuangan Yassir mempertahankan imannya setelah meliha t pengorbanan sang ibu, Sumayyah.

Mari sahabat, mulai saat ini kita perlu perbaiki hubungan kita dengan ibu bapa kita. Sehebat manapun kita menongkah dunia, kita tidak akan mampu membalas tiap peluh ibu bapa kita yang menitis di atas muka bumi ini untuk membesar dan memberikan keselesaan kepada kita.

Sejauh manapun kejayaan yang kita raih, kita belum dikatakan berjaya jika hubungan kita dengan ibu bapa kita masih “di hujung ingatan”. Letakkan cinta kita kepada mereka selepas cinta kepada Allah dan Rasul. Ibu bapa tidak dapat diganti dengan harta atau kedudukan, tetapi bakti kita kepada mereka dapat menaikkan darjat kita di sisi Allah s.w.t. Cintailah mereka apa adanya dan jangan mengharapkan cinta kita dibalas. Berikan cinta kita kepada mereka dengan jujur dan ikhlas maka tika kita berhadapan dengan Allah s.w.t dengan kelak, kita akan dimasukkan dengan golongan yang melakukan kebaikan dan kebajikan.

Dipetik dari majalah solusi isu 27 . bahagian Suara Kampus- Cintai Mereka Apa Adanya – Ummu Sakinah Hj Muhammad.