Emerald

Al-Quran

Rabu, 13 April 2011

Telah tetap tuntunan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa alihi wa sallam, dalam hadits-hadits yang sangat banyak, bahwa pada saat berdiri dalam shalat, tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri, dan ini merupakan pendapat jumhur tabi’in dan kebanyakan ahli fiqih, bahkan Imam At-Tirmidzy berkata, “Dan amalan di atas ini adalah amalan di kalangan ulama dari para shahabat, tabi’in, dan orang-orang setelah mereka ….” Lihat Sunan -nya 2/32.

Akan tetapi, ada perbedaan pendapat tentang tempat meletakkan kedua tangan (posisi ketika tangan kanan di atas tangan kiri) ini di kalangan ulama, dan inilah yang menjadi pembahasan untuk menjawab pertanyaan di atas.

Berikut ini pendapat para ulama dalam masalah ini, diringkas dari buku La Jadida Fi Ahkam Ash-Shalah karya Syaikh Bakr bin ‘Abdillah Abu Zaid

Pendapat Pertama , kedua tangan diletakkan pada an-nahr.An-nahr adalah anggota badan antara di atas dada dan di bawah leher. Seekor onta yang akan disembelih, maka disembelih pada nahr-nya dengan cara ditusuk dengan ujung pisau. Itulah sebabnya hari ke-10 Dzulhijjah, yaitu hari raya ‘Idul Adha (Qurban), disebut juga yaumun nahr -hari An-Nahr (hari penyembelihan)-.

Pendapat Kedua , kedua tangan diletakkan di atas dada. Ini adalah pendapat Al-Imam Asy-Syafi’iy pada salah satu riwayat darinya, pendapat yang dipilih oleh Ibnul Qayyim Al-Jauzy dan Asy-Syaukany, serta merupakan amalan Ishaq bin Rahawaih. Pendapat ini dikuatkan oleh Syaikh Al-Albany dalam kitab Ahkamul Jana` iz dan Sifat Shalat Nabi .

Pendapat Ketiga ,kedua tangan diletakkan di antara dada dan pusar (lambung/perut). Pendapat ini adalah sebuah riwayat pada madzhab Malik, Asy-Syafi’i dan Ahmad, sebagaimana disebutkan oleh Al-Imam Asy-Syaukany dalam Nailul Authar . Pendapat ini dikuatkan oleh Al-Imam Nawawy dalam Madzhab Asy-Syafi’i, dan merupakan pendapat Sa’id bin Jubair dan Daud Azh-Zhahiry sebagaimana disebutkan oleh Al-Imam An-Nawawy dalam Al-Majmu’ (3/313).

Pendapat Keempat , kedua tangan diletakkan di atas pusar. Pendapat ini merupakan salah satu riwayat dari Imam Ahmad dan dinukil dari Ali bin Abi Thalib dan Sa’id bin Jubair.

Pendapat Kelima ,kedua tangan diletakkan di bawah pusar. Ini adalah pendapat madzhab Al-Hanafiyah bagi laki-laki, Asy-Syafi’iy dalam sebuah riwayat, Ahmad, Ats-Tsaury dan Ishaq

Pendapat Keenam ,kedua tangan bebas diletakkan dimana saja: di atas pusar, di bawahnya, atau di atas dada.

Imam Ahmad ditanya, “Dimana seseorang meletakkan tangannya apabila ia shalat?” Beliau menjawab, “Di atas atau di bawah pusar.” Semua itu ada keluasan menurut Imam Ahmad diletakkan di atas pusar, sebelumnya atau di bawahnya. Lihat Bada`i’ul Fawa`id 3/91 karya Ibnul Qayyim.
Ini Adalah Blog Pertama Saya Ini Adalah Blog Pertama SayaIni Adalah Blog Pertama Saya
Ini Adalah Blog Pertama Saya
Assalamualaikum

Selasa, 12 April 2011

Adab Berpakaian-AL-Bayanuni

Hendaklah memakai serban, kopiah dan apa saja yang menutup kepala Anda, kerana ia lebih sesuai untuk lelaki Muslim yang baik

Jangan melabuhkan pakaian Anda hingga ke bawah kedua buku lali dan jangan berlagak ketika berjalan.

Berpakaianlah dengan baik dan jangan

Anda memakai pakaian yang menyerupai orang kafir.

Mulakan dengan anggota kanan ketika Anda menyarungkan baju Anda. Tanggalkannya dengan anggota kiri samada memakai baju atau kasut.

Jangan biarkan anggota keluarga Anda memakai pakaian pendek dan sempit, sama ada baju atau seluar yang boleh menampakkan rupa bentuk

anggota aurat.

Janganlah Anda memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera dan emas, kerana kedua-dua pakaian itu adalah haram bagi lelaki Muslim.

Elakkan diri Anda dari menyerupai wanita, dan elakkan isteri Anda dari menyerupai lelaki.

Hindarkan diri Anda dari memakai pakaian yang melambangkan kemasyhuran yang terlalu mahal harganya serta yang paling teruk bentuknya.

Jika Anda memakai pakaian baru, bersedekahlah untuk kebaikan orang ramai.

Kemaskan misai dan janggut Anda, agar kelihatan cantik bergaya.

Islam dan Sains Teknologi : Umat Islam pembuat ubat bedil pertama

SELALU dikatakan bahawa pencipta ubat bedil adalah orang China yang menemui kalium nitrat dan penggunaannya dalam mercun bunga api. Namun, hasil kajian Reinaud dan Fave menunjukkan secara jelas umat Islam adalah pembuat ubat bedil pertama di dunia.

Ini terbukti ketika umat Islam menggunakan bahan senjata api buat pertama kali ketika mempertahankan Algericas (sebuah kota di selatan Sepanyol) bertentangan Gibraltar, apabila diserang Alphonse ke-11 pada 1342 Masihi.
Jelas, bahawa ubat bedil diperkenalkan oleh umat Islam di Eropah pada abad ke-14.
Pada muka 1165 The New Columbus Encyclopedia (1975), Roger Bacon selalu dikaitkan dengan penemuan ubat bedil, tetapi segala fakta menunjukkan dia sebenarnya mengetahui dari sumber orang Islam ketika empayar Islam berkuasa di Sepanyol.
Ternyata, ilmu kimia dipelopori umat Islam dan merekalah yang pertama menggunakan kaedah pemejalwapan, penghabluran, pengentalan dan pengkupelan.
Oleh itu, dunia terpaksa memberi pengakuan terhadap sumbangan umat Islam kepada sains dalam ilmu kimia.
Islam sebenarnya masyhur dan berjaya melahirkan ramai ahli kimia. Di antaranya Muhammad Abu Bakar Al-Razi atau nama ringkasnya, Al-Razi, berasal dari Parsi yang dianggap sebagai pengasas kimia moden.
Al-Razi mereka cipta radas dan mencatatkan dengan terperinci lebih 20 alat besi dan kaca. Beliau begitu mahir dengan elemen kimia seperti air perak, tembaga sulfat, gas ammonia, nitrat perak, besi sulfat dan raksa oksid.
Al-Maghriti yang juga seorang ahli sains Islam pada abad 10 Masihi menulis mengenai ilmu kimia yang diterjemahkan dalam bahasa Latin dan sekarang dianggap sumber penting dalam sejarah ilmu kimia.
Al-Quran menggesa umat Islam untuk membuat cerapan dan kajian serta menggalakkan sifat sabar menghadapi sebarang percubaan dan dugaan. Inilah satu ciri ahli sains yang penting terutama dalam menjalani pengujian atau membuat perhatian dan cerapan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersertakan orang yang sabar.” – (Surah al-Baqarah, ayat 53).